Jumat, 20 Desember 2013

Audit PNK guna diesel bersubsidi lebih kuota


SHAH ALAM –Lapan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) diselia Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)  menggunakan diesel bersubsidi melebihi kuota ditetapkan kerajaan.

Laporan Audit 2012, mendapati 55 transaksi penjualan diesel dari lapan PNK melebihi kuota ditetapkan iaitu sebanyak 165,474 liter, setelah membuat semakan terhadap senarai vesel Kegunaan Diesel
Bulanan e-NSMS bagi bulan April sehingga Disember 2012.

“Lebihan penggunaan subsidi diesel itu melibatkan tiga negeri iaitu Pahang, Kelantan dan Perlis. Ini berlaku disebabkan transaksi jualan secara manual lewat dimasukkan ke dalam sistem e-NSMS menyebabkan baki kuota  tidak dikemas kini.

“Keadaan sebegini boleh mengakibatkan penyalahgunaan diesel bersubsidi berlaku,”katanya.

Berdasarkan analisis audit terhadap Sistem e-NSMS dengan menggunakan perisian  Audit Command Language (ACL) mendapati 2,002 transaksi dijual pada harga RM1.80 per liter kepada vesel Zon C2 tetapi dijual dengan harga RM1.25 per liter.

“Tindakan ini menyebabkan  peningkatan kos kepada kerajaan berjumlah RM8.14 juta hasil daripada penjualan sebanyak 18.81 liter diesel yang dijual pada harga RM1.25 per liter,” katanya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar