Selasa, 04 Februari 2014

Wanita DAP Desak UPNM Pecat Ridhuan Tee


KUALA LUMPUR – Wanita DAP berang dengan pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Prof. Madya Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah kerana didakwa menggelar Ahli Parlimen Seputer, Teresa Kok Suh Sim sebagai anak dara tua kiasu.

Setiausaha Wanita DAP, Teo Nie Ching berkata, gelaran ke atas Teresa Kok itu tidak sepatutnya berlaku kerana Mohd. Ridhuan Tee seorang yang berpendidikan dan merupakan pensyarah universiti.

“Amat memeranjatkan apabila seorang Prof. Madya gagal memahami setiap insan mempunyai hak untuk membuat keputusan sama ada mereka mahu berkahwin atau bila mahu berkahwin.

“Ini adalah urusan peribadi dan bukan perkara yang wajar menjadi ejekan atau cemuhan beliau,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Nie Ching mendakwa, kenyataan seksis Mohd. Ridhuan Tee itu menunjukkan beliau seorang cauvinis lelaki yang tidak boleh berdebat berdasarkan fakta kerana beliau sama sekali tidak perlu mengeluarkan kenyataan berbentuk diskriminasi seperti itu.

Sehubungan itu, beliau menggesa Mohd. Ridhuan Tee memohon maaf kepada Teresa Kok dan meminta UPNM memecatnya untuk mengelakkan bakal pegawai dan anggota tentera negara ini tidak tahu menghormati kaum wanita.

1 komentar:

  1. This is the comment from Din Turtle blog. How shameful. Hatefully women will fight for their own right.
    http://dinturtle.blogspot.my/2013/12/gossip-kisah-cinta-tiga-segi-ahteo-rt.html

    BalasHapus