Tampilkan postingan dengan label dirogol. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label dirogol. Tampilkan semua postingan

Kamis, 26 Desember 2013

Hasrat Siswazah IPTS hadir untuk temuduga berkecai apabila ia Dirogol oleh penemuduga palsu


KHAIRI menunjukkan gambar fotofit suspek kes rogol (belakang) pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Seorang lelaki bertindak licik apabila menjadikan sebuah bilik hotel bajet di Taman Segar, Cheras di sini kononnya sebagai tempat temu duga namun sebaliknya merogol dan menyamun seorang gadis yang merupakan siswazah sebuah kolej swasta Khamis lalu.
Mangsa berusia 22 tahun tersebut dikatakan terpedaya dengan helah suspek selepas terpengaruh dengan tawaran gaji lumayan sebagai jurujual yang dikatakan mampu memperoleh pendapatan RM400 sehari selepas melayari sebuah laman web.          ada lagi
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, mangsa diarahkan datang ke bilik hotel bernombor 207 oleh suspek bergelar Faye, 30-an, selepas berhubung melalui e-mel. Suspek mengaku sebagai orang yang akan menemu duga mangsa.
Katanya, mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa kemudian pergi ke bilik itu pada pukul 7.03 petang bersendirian dengan membawa dokumen berkaitan.
“Sebaik sahaja mangsa masuk ke bilik itu, suspek terus menarik tangannya dan merogol mangsa. Bukan itu sahaja, suspek turut menyamun telefon bimbit dan jam tangan mangsa.
“Identiti suspek masih belum diperolehi kerana dia tidak mendaftar di situ. Ogos lalu, terdapat kes serupa berlaku ke atas wanita berusia 23 tahun melibatkan modus operandi dan suspek yang sama,” katanya pada sidang akhbar di sini.
Bagaimanapun tambahnya, wanita itu mendapat maklumat daripada laman web berlainan dan pekerjaan sebagai jurujual ditawarkan dengan gaji RM200 sehari.
Sehubungan itu, Khairi semalam mengedarkan fotofit suspek tersebut berdasarkan maklumat yang diberi oleh dua mangsa bagi meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenainya tampil kepada polis.
“Graduan, terutamanya gadis yang terdesak untuk mendapatkan pekerjaan selepas tamat belajar, dinasihatkan supaya berhati-hati dengan tawaran yang tidak masuk akal bagi mengelakkan kejadian sama berulang,” katanya
 
Read More..

Kamis, 19 Desember 2013

Gadis Tawau Dirogol Dan Dibunuh Di Balakong


Gadis Tawau Dirogol Dan Dibunuh Di Balakong
KAJANG : Hasrat seorang pekerja kilang untuk pulang menyambut Aidilfitri bersama keluarganya di Tawau, Sabah tidak kesampaian apabila dia dirogol dan dibunuh dengan kejam di sebuah unit flat di Jalan Taming 2, Taming Jaya dekat Balakong di sini kelmarin.
Mayat Sabturiah Faisal, 19, berasal dari Kampung Merotai Besar dekat Tawau dijumpai dalam keadaan terlentang di dalam bilik tidurnya oleh abang ipar mangsa pada pukul 7 malam.
Kakak mangsa, Samsiah Faisal, 27, ketika ditemui berkata, dia dan suaminya yang pulang ke rumah untuk berbuka puasa bersama Sabturiah terkejut melihat adiknya yang sudah tidak bernyawa di atas lantai di dalam bilik tidur gadis itu.
“Saya balik kerja kerana hendak berbuka puasa bersama-sama tetapi apabila sampai di rumah saya melihat tubuhnya terlentang dan sudah tidak bernyawa.
“Ketika saya jumpa, dia berpakaian lengkap (baju T dan seluar sukan) tetapi ada kesan lebam pada tangan kanan,” kata Samsiah ketika ditemui di tempat kejadian di sini.
Polis yang menyiasat mayat mangsa mendapati ada kesan lebam pada leher, perut dan tangan kanan anak ketujuh daripada 12 beradik itu.
Difahamkan, polis turut menemui kesan tompokan air mani di bilik mangsa dan mengesyaki gadis itu menjadi mangsa rogol oleh individu yang dikenalinya.
Menjelas lanjut, Samsiah memberitahu, dia dan suami yang membuat pemeriksaan di dalam rumah mendapati beberapa barang berharga dan wang tunai sebanyak RM500 miliknya lesap.
“Tiada kesan umpil dan keadaan rumah saya juga tidak berselerak seolah-olah penjenayah terbabit tahu tempat kami menyimpan barang berharga,” katanya dengan memberitahu jumlah kerugian keseluruhan dianggarkan sebanyak RM3,000. – MyNewsHub
Read More..