Tampilkan postingan dengan label mangsa. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label mangsa. Tampilkan semua postingan
Rabu, 05 Februari 2014
Bayi Mangsa Dera Terpaksa Dibawa Kembali Ke HTAA!
KUANTAN – Bayi lelaki berusia empat bulan yang menjadi mangsa dera pembantu rumahnya pada Jumaat lalu dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk rawatan lanjut.Menurut ibunya, Nina Suraya Sulaiman, 24, Mohamed Hareez Mohd Zamri dibawa ke HTAA kira-kira jam 8.30 malam tadi selepas dia didapati tidak bergerak seperti biasa walaupun dalam keadaan tidur. “Malam tadi selepas semua tetamu yang mengunjunginya pulang, saya cuba mengejutkannya. Saya ingatkan dia tidur tetapi tiada sebarang reaksi,” katanya ketika ditemui pemberita di HTAA, hari ini.Katanya, dia maklumkan perkara itu kepada ahli keluarga yang lain sebelum membawa anak sulungnya itu ke HTAA.Nina Suraya berkata, pihak hospital menjalankan ujian imbasan dan beberapa pemeriksaan lain ke atas anaknya, namun laporan penuh pemeriksaan masih belum diketahui.“Saya harap semuanya baik dan jika dilihat keadaan anak saya, dia sudah minum susu seperti biasa walaupun berada dalam keadaan lemah,” katanya.Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superitendan Aziz Ahmad, berkata pembantu rumah berusia 24 tahun itu akan didakwa di Mahkamah Majistret esok mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2010.Pada 15 Februari lalu, bapa kepada bayi itu, 42, membuat laporan polis berhubung kejadian pembantu rumahnya yang bertindak melambung bayinya itu di ruang tamu sehingga terjatuh mengalami lebam-lebam ditangan dan cedera di kaki kiri.Lelaki berkenaan melihat kejadian itu menerusi rakaman kamera litar tertutup melalui komputer riba semasa minum pagi di sebuah restoran pada jam 7.45 pagi.Lelaki berkenaan bergegas pulang ke rumahnya di Bukit Setongkol dan membawa bayinya ke HTAA untuk pemeriksaan lanjut.Pembantu rumah berkenaan ditahan pada hari yang sama. – BERNAMA
Jumat, 20 Desember 2013
Mangsa Taufan Haiyan Rebut makanan delapan terbunuh
13 Nov 2013
Mangsa Taufan Haiyan di Filipina mulai menjarah kedai. dailymail.co.uk
Ribuan warga Filipina hari ini berdesakan untuk mendapatkan tiket pesawat meninggalkan Kota Tacloban yang luluh lantak diterjang Taufan Haiyan Jumaat lalu. Mangsa saling berebut hingga keadaan menjadi kelamkabut.
Khabar tersiar delapan orang terbunuh kelmarin akibat berasakan dantolak-menolak dalam perebutan beras di gudang milik pemerintah di Kota Alangalang, sekitar 17 kilometer dari Tacloban, seperti dilansir portal berita AFP, Rabu (13/11).
"Salah satu tembok di gudang itu roboh dan menimpa delapan orang hingga meninggal," kata Rex Estoperez, juru cakap Badan Makanan Kebangsaan.
Lima hari setelah dihentam Haiyan kondisi Tacloban kini makin parah kerana bahan makanan menjadi barang langka yang diburu mangsa selamat. Mereka akhirnya berasakan di lapangan terbang mencuba keluar kota.
"Semua orang panik. Mereka kata tidak ada makanan, tidak ada air. Mereka ingin keluar dari sini," kata doktor Angkatan Laut Kapten Emily Chang.
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu memperkirakan sekitar 10,000 orang terbunuh akibat terjangan Haiyan di Wilayah Leyte itu.
Bantuan kemanusiaan kini masih belum banyak didatangkan di lokasi kejadian.

sumber:Merdeka.com
Langganan:
Postingan (Atom)